Skip to main content

Panduan Memilih Alat Pengisar

Panduan Membeli Pengisar
Mencari pengisar yang tepat untuk keperluan anda mungkin agak rumit kerana terdapat banyak model di pasaran yang menawarkan pelbagai jenis pengisar dan ciri-ciri yang diperlukan. Namun memilih pengisar yang bersesuaian perlu berdasarkan kepada fungsi dan keupayaan yang ada padanya. Selepas membeli, jangan lupa untuk membaca manual produk untuk tip penjagaan dan arahan. Panduan ini akan memberitahu pengguna mengenai apa yang perlu dicari dalam memilih pengisar dapur terbaik.

1.Rekaan
Rekaan ialah faktor yang amat penting dalam memilih pengisar. Penampilan fizikal perkakas adalah penting bagi menarik perhatian pengguna. Rekaan yang kemas serta tahan lasak antara faktor yang dilihat oleh pengguna sebelum mengambil keputusan untuk membeli.

2.Kuasa dan Kelajuan
Kebanyakan orang mengharapkan bantuan pengisar kerana mudah menyiapkan apa-apa campuran yang dikehendaki. Oleh itu,  pengisar makanan harus mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukan semua tugasan ini. Pengisar makanan perlu beroperasi sekurang-kurangnya 300 watt bagi memberi tekanan kerja yang baik terhadap bahan yang dikisar. Namun banyak pengisar yang terdapat kini menawarkan kelajuan yang berbeza-beza. Kebanyakannya memberi pilihan sehingga tiga peringkat iaitu perlahan, sederhana dan cepat.
3

3.Kawalan
Rekaan serba canggih tidak bermakna andai pengguna tidak tahu menggunakannya. Oleh itu panduan yang diberi ketika pembelian harus diteliti bagi memudahkan pengguna mengendalikannya bila-bila masa. Sebagai contoh, fungsi tolak butang yang sering diguna pakai memberikan pengguna lebih banyak kawalan kerana kelajuan boleh dialih dari satu kepada yang lain dengan hanya menekan tetapan baru yang dikehendaki.

4.Kapasiti
Keupayaan pengisar makanan juga perlu dipertimbangkan agar bersesuaian untuk sekeluarga. Keluarga besar perlu memilih pengisar yang boleh menampung jumlah makanan untuk keseluruhan. Pengguna mungkin menjimatkan wang apabila membeli unit yang lebih kecil dengan kapasiti yang serupa. Namun model yang lebih kecil memerlukan lebih masa untuk mengisar bahan yang banyak. Ini sekali gus mewujudkan pembaziran masa dan elektrik.

5.Bilah
Pengguna juga perlu melihat kepada bilah yang berada di dalam pengisar sama ada ia mudah dibersihkan mahu pun sebaliknya. Bilah keluli tahan karat sentiasa menjadi pilihan terbaik kerana ia tidak karat serta tahan lama.

Sumber :Majalah Impiana

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...