Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Cara Meghilangkan Bahan Kimia Pada Buah

Petua menghilangkan bahan kimia pada buah-buahan. Buah-buahan yang dibeli seperti buah pir, epal dan anggur haruslah dibersihkan dengan teliti sebelum dimakan. Ini kerana buah-buahan tersebut diselaputi bahan kimia yang bertindak melindungi buah dari jangkitan agar kelihatan cantik untuk dijual. Cara untuk membersihkannya mudah sahaja. Anda hanya perlukan: BAHAN-BAHAN: Buah-buahan Air Garam Air  Tuala bersih CARA-CARA: 1. Tanggalkan kotoran pada buah dan rendamkan dalam air garam selama 2 - 3 minit. Cuci dan gosok kulit buah dengan teliti. 2. Bilas buah menggunakan air bersih. Lap buah menggunakan tuala hingga kering dan sedia untuk dinikmati.  Sumber:Majalah Rapi