Skip to main content

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi.


"Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?".

Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis.

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi.

1. Kayu Manis
Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi dan bancuhkan dengan sedikit gula. Tapis sebelum diminum.

2. Madu
Campurkan 2 sudu kecil serbuk kopi dengan sedikit 300ml air panas. Masukkan 2 sudu madu dan kacau sehingga larut. Mahu lebih terangkat, masukkan 3-4 sudu kecil krim putar dalam kopi anda.

3. Lemon
Ambil 1 biji lemon dan perahkan jusnya. Kemudian campirkan serbuk kopi dan gula secukupnya. Kacau rata dan sedia diminum.

4. Coklat
Cairkan 50gm coklat gelap dan campurkan bersama 2 sudu kecil serbuk kopi. Kemudian masukkan sedikit susu cair dan gula mengikut citarasa sendiri.

5. Daun Pudina
Campurkan air panas bersama gula dan serbuk kopi. Masukkan daun pudina, kemudian bolehlah diminum.

6. Daun Pandan
Sekadar untuk mengharumkan bau kopi, anda boleh gunakan air panas yang dimasak bersama daun pandan. Kemudian masukkan 1 sudu kecil kopi, 1 sudu kecil gula, sedikit krimer dan sebatikan. Sedia dihidang!

7. Garam
Ketika membancuh kopi, taburkan sedikit garam dalam kopi dan kacau sebati. Ia akan memberi rasa lemak pada kopi.

8. Arang
Penggemar kopi di Indonesia sangat menggilai kopi dengan arang. Mereka akan memasukkan arang yang dibakar ke dalam kopis sehingga ia menjadi sejuk, baharulah dikeluarkan. Kemudian kopi diminum dengan penuh nikmat.

9. Keju
Terdapat beberapa kawasan di Finland yang membuat kopi mereka seperti biasa dan kemudian dicampurkan dengan ketulan kecil keju. Ia umpama menggantikan krimer dan memberi rasa lemak pada kopi.

10. Telur Mentah
Di Sweeden, mereka mencampurkan telur mentah ketika membru kopi. Kemudian, serbuk kopi ini akan dibancuh dengan air panas dan gula seperti biasa.

11. Gula Perang
campurkan gula perang ke dalam bancuhan kopi anda. campurkan juga sedikit susu sejat penuh krim untuk rasa lebih sedap.

12. Pati Sirap
Ketika membancuh kopi O, anda boleh masukkan sedikit pati sirap di dalamnya untuk rasa kopi yang berbeza, but in a good way!

13. Mentega Kacang
Anda boleh campurkan 1 sudu kecil mentega kacang ketika membancuh kopi kosong dan perasakan dengan sedikit gula perang. anggaran untuk air panas adalah lebih kurang 200ml bersama 1 sudu kecil serbuk kopi dan 2 sudu kecil gula perang.

14. Mentega
Sama seperti mentega kacang, gunakan formula yang sama untuk membancuh kopi anda.

15. Bunga Cengkih
Untuk rasa kopi 'kaw' dan lebih menonjol, masukkan bunga cengkih yang ditumbuk halus ke dalam bancuhan kopi. Tidak perlu banyak, cukuplah sekadar 2 kuntum bunga cengkih untuk secawan kopi 200ml.

Sumber :Majalah Rapi

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Wanita

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Wanita  Kebanyakkan wanita menyukai senaman 'pilate, dance, kickboxing, yoga dan sebagainya. Tahukah anda ada cara cara senaman yang betul mengikut bentuk badan wanita Mula -mula wanita haruslah mengetahui bentuk tubuh badannya. Terdapat beberapa jenis bentuk badan wanita antara pear, apple, hourglass atau bentuk atlet. Bentuk badan 'Pear'  Wanita yang memiliki tubuh berbentuk buah 'Pear' cenderung memiliki pinggul yang lebar dibandingkan dengan bahagian tubuh mereka. Bahagian pinggang wanita tampak indah jika seorang wanita berbentuk buah 'Pear' ini memakai gaun dengan cara yang betul. Apple  Bentuk tubuh apel yang indah. Hal ini juga disebut bentuk V atau badan segitiga terbalik. Wanita ini telah didefinisikan dengan baik. Namun, payudara cenderung lebih besar dari bagian pinggul. Hourglass atau jam pasir Anda memiliki bentuk tubuh jam pasir, anda beruntung! Tubuh anda terlihat mirip

Kenali Jenis-jenis Keju

Kenali Jenis -jenis Keju CHEDDAR CHEESE Keju cheddar paling mendapat tempat dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia. Keju yang berasal dari British ini mempunyai rasa yang sedap manakala aromanya tidak terlalu tajam menjadikan sesuai untuk dihidangkan dengan apa saja jenis masakan termasuk hidangan kaserol, sup , inti sandwich dan salad.Keju ini mengandungi 48% lemak dengan tempoh pemeraman selama 9 -24 bulan. EMMENTHAL CHEESE Keju Emmenthal berasal dar Swiss keju keras yang sangat keras dan popular.Emmenthal mempunyai sifat yang berbeza berbanding keju yang lain kerana bentuknya unik jika dipotong dan kelihatan lubang-lubang yang terbentuk semasa proses pemeraman. Keju kegemaran ramai ini mempunyai rasa yang sangat lembut dan kaya dengan aroma yang menyelerakan. PARMESAN CHEESE Keju Parmesan merupakan salah satu keju jenis keras dari Bandar Parma, Itali.Keju ini berbentuk silinder dengan warna kuning muda. Teksturnya yang keras sesuai untuk dijadikan parutan keju. Aroman