Skip to main content

Punca stres ibu hamil


Tekanan atau stres adalah tidak baik sama sekali untuk bayi yang dikandung mahupun pada ibu yang mengandung. Bayi yang ibunya mengalami stres yang tinggi ketika hamil boleh menyebabkan bayi itu menjadi anak yang mudah marah kelak. Selain itu, bayi juga dikatakan sukar untuk beradaptasi dengan persekitarannya yang merupakan penentu kepada IQ.

Melahirkan Anak Tidak Normal

Ini adalah salah satu punca stres terbesar. Agar kebimbangan tidak menjadi berpanjangan, lakukanlah...

·         Pemeriksaan secara rutin dengan doktor untuk memastikan kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat.
·         Lalui fasa kehamilan dengan fikiran yang positif dan bahagia, ambil makanan yang berkhasiat serta melakukan senaman ringan secara konsisten. Minta sokongan daripada suami, ahli keluarga mahupun rakan-rakan terdekat.
·         Sentiasa meluahkan kebimbangan anda kepada suami agar anda tidak menanggung beban bersendirian.

Suami Bertugas Di Luar Kawasan

Bagi anda yang mengalami situasi seperti ini maka bersabar dan positiflah kerana yakin bahawa suami bekerja demi masa depan keluarga. Untuk mengelakkan anda melayan kesedihan hati, lakukanlah...

·         Manfaatkan teknologi untuk tetap menjalinkan komunikasi dan mengkhabarkan perkembangan kehamilan anda kepada suami.
·         Teknologi kini kian canggih dan anda boleh memanfaatkan media sosial seperti Skype, Viber mahupun Facetime untuk berkomunikasi secara langsung.
·         Lakukan rutin seperti biasa. Sesekali keluarlah untuk beriadah dengan rakan-rakan terdekat mahupun ahli keluarga. Contohnya keluar menonton wayang atau bersantai di restoran.
·         Manfaatkan waktu untuk memanjakan diri dengan melakukan rawatan di salun kecantikan. Namun begitu, pastikan produk-produk yang digunakan di salun itu tidak memudaratkan kehamilan anda.

Berat Badan Bertambah

Kandungan juga memiliki beratnya sendiri. Maka tidak hairanlah berat anda juga bertambah. Namun, pertambahan berat badan juga ada batasnya kerana jika terlalu berlebihan akan membahayakan kesihatan anda dan kandungan. Lakukanlah ...

·         Terapkan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Tidak perlu menggandakan jumlah makanan tetapi tingkatkan pengambilan nutrisi.
·         Bersenamlah secara konsisten. Minta pandangan doktor mengenai pilihan senaman yang sesuai dengan keadaan anda yang sedang hamil.

·         Lakukan latihan pernafasan seperti yoga atau meditasi. Aktiviti ini dapat membantu ibu hamil merasa tenang sehingga ketegangan semasa proses bersalin dapat diminimumkan.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...