Skip to main content

Anak Perempuan Lebih Rajin Membaca

Kamu ni, asyik mahu main sahaja! Lihat Kakak kamu ini. Rajin baca buku!" kata si ibu kepada anak lelakinya yang berusia 9 tahun.



Situasi ini boleh berlaku ke atas mana-mana keluarga.

Anak perempuan kelihatan lebih cekap membaca berbanding anak lelaki. Anak perempuan kelihatan lebih rajin belajar daripada anak lelaki yang asyik bermain.

Apa yang sebenarnya terjadi?

Kajian longitudinal (jangka panjang) terhadap perkembangan anatomi otak di National Institute of Mental Health di Amerika Syarikat menunjukkan perkembangan otak kanak-kanak lelaki adalah berbeza berbanding kanak-kanak perempuan.

Malah, perkembangan otak kanak-kanak lelaki berlaku dalam urutan dan tempo yang berbeza berbanding kanak-kanak perempuan. Hanya apabila mereka mula akil baligh, baharulah perkembangan otak mereka kembali seiring sehingga ke alam dewasa awal.

Berbanding kajian di Virginia Tech, mereka pula memfokuskan perkembangan kefungsian otak. Bahagian otak berkaitan dengan bahasa dan kemahiran motor halus kanak-kanak perempuan adalah lebih matang berbanding kanak-kanak lelaki.

Namun, dalam kemahiran diskriminasi ruang penglihatan (visual-spatial) dan fungsi eksekutif berkaitan kemahiran motor kasar, kanak-kanak lelaki jauh lebih matang berbanding perempuan.

Inilah sebabnya mengapa kita sering melihat kanak-kanak lelaki lebih cenderung bermain-main tetapi kanak-kanak perempuan lebih rajin menekuni buku.

Perkembangan bahasa kanak-kanak perempuan yang lebih pesat mendorong mereka untuk suka meneroka buku. Mereka mahu memahami simbol-simbol percakapan di atas kertas iaitu, tulisan.

Manakala kanak-kanak lelaki pula mengikut “fitrah” mereka yang gemar menggunakan kemahiran motor kasar dan ruang penglihatan melalui bermain bermacam jenis permainan.

Tunggu!

Keadaan ini tidak bermakna kanak-kanak perempuan lebih bijak atau kanak-kanak lelaki lebih hebat berbanding kanak-kanak perempuan. Umpama makan roti canai tidak bermakna lebih sedap berbanding makan nasi lemak. Kedua-duanya adalah sedap dengan rasanya yang tersendiri.

Begitu juga dengan anak-anak kita.

Jika begitu, bagaimana caranya mendidik anak-anak sedangkan perkembangan otak mereka berbeza?

Kita raikan perbezaan ini dan pada masa yang sama, beri ruang kepada mereka untuk meneroka kemahiran baharu.

Berikan lagi ruang untuk anak lelaki ekspresikan kemahiran motor kasar dengan permainan lasak. Beri mereka ‘kenyang’ dengan permainan melibatkan ruang penglihatan seperti lego, binaan blok, jingsaw puzzle, permainan melibatkan peta, dan permainan meneka berkaitan ruang (cth: berapa biji bola diperlukan untuk memenuhi sebuah kereta).

Pada masa yang sama, dedahkan mereka dengan dunia berkaitan bahasa. Banyakkan bersembang dengannya melalui bercerita. Sentiasa wujudkan waktu untuk lakukan aktiviti membacakan buku bersama-samanya. Demonstrasikan kepadanya membaca juga mendatangkan keseronokan melalui cerita yang menarik.

Usah terburu-buru mengenalkan kad imbas (flash card). Berikan mereka keseronokan dahulu melalui tulisan. Berikan mereka ruang berkenalan dan berkawan dahulu dengan tulisan-tulisan melalui cerita.

Pada masa yang sama, jadikan ayah, datuk, dan abang sebagai suri teladan yang membaca buku di rumah. Ini penting bagi memperlihatkan aktiviti membaca buku juga sebagai satu aktiviti bersifat kelelakian.

Begitu juga sebaliknya. Anak perempuan juga wajib diberi ruang untuk memanjat pokok. Bantu mereka untuk bermain dengan lasaknya.

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dengan perubahan ini?

Sumber fb :fazeila ila

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...