Skip to main content

Perlukah Memilih Bisnes Online Ketika Gawat

 Kelebihan Bisnes Secara Online

Sejak kebelangan ini...negara kita dan diseluruh dunia mengalami kegawatan ekonomi.
Ramai yang cuba mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan hidup.
 Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai diantara kita menjalankan beberapa perniagaan untuk mencari peluang pendapatan . 
Salah satunya adalah perniagaan atas talian ataupun  dikenali sebagai online bisnes.
Mari kita lihat apakah kebaikan menjalankan perniagaan Online Ini..

Berikut adalah beberapa Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Online


1- Kos Murah

Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. 
Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000. 
Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.







2- Bisnes 24 jam 

Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. 
Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online. 
Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.






3- Kurang Risiko

Semua perniagaan mempunyai risiko. 
Cumanya kelebihan bisnes online ni ianya mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. 
Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. 
Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. 
Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. 
Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi.






4- Kebebasan Masa Bekerja

Satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja.
 Bisnes online tersedia untuk dijalankan pada bila-bila masa. 
Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja.
 Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.







5- Kebebasan Tempat Bekerja 

Dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. 
Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, 
dalam perjalanan ke sesuatu tempat,
 ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda
 mempunyai akses ke internet untuk online.







6- Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai 

Melalui bisnes online anda sebenarnya sudah 
memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat
 adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC
 dan talian internet. Selain itu anda boleh
 sewa tapak hosting atau memiliki nama 
domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.






7- Isu Lesen Perniagaan 

Anda tidak perlu bersusah payah untuk 
memohon lesen, banyak perniagaan di internet 
yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan
 yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. 
Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.







8- Pelbagai Jenis Perniagaan 

Inilah kelebihan bisnes online, anda tidak terhad
 untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang 
anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan
 yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan 
anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda 
dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk 
melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan.
 Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.


9- Tidak Perlu Travel

Dengan kelebihan bisnes online yang ada, 
anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari 
hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar
 produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda
 hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar
 informasi atau maklumat melalui sistem email, video 
dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus
 bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian
 jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula
 anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak
 perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui 
kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.







10- Peluang Bisnes Global 

Bisnes online memungkinkan anda mengembangkan
 perniagaan anda ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi 
soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang
 anda ingin lakukan asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah 
kelebihan bisnes online, ianya tiada batasan dan 
sempadan, anda boleh berhubung dengan pelanggan 
anda di Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, 
Canada, Asia, Eropah dan walau ke mana sahaja.







11-Pelanggan Tanpa Had 

Seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh 
jalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh 
ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda 
mempunyai pelanggan yang tiada had. 
Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet 
seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet
 di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. 
Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokaliti anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.







12- Peluang Pendapatan Pasif 

Satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti 
kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang
 nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya
 bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan 
juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan 
sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda
 sudah mula menjana income pasif anda akan terus
 menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
Begitulah sedikit sebanyak beberapa kebaikan dan kelebihan bisnes online. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan 
dan kelebihan bisnes online jika hendak diperkatakan, bagi saya cukuplah dulu dengan perkara-perkara asas berkaitan
 kelebihan bisnes online seperti yang saya terangkan di atas.











Walaubagaimana mudah sekalipun bisnes online ni, tidak
 dinafikan ianya tetap mempunyai cabaran dan kekangan. 
Anda harus ingat tiada yang betul-betul ‘PERFECT’ dalam 
dunia ni, cuma jika berdasarkan perbandingan saya lebih 
galakkan anda ceburi bisnes online. Lebih-lebih lagi bagi
 mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan secara 
sambilan atau part time. Yang penting harus anda ingat, anda harus istiqamah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dan 
berikan komitmen sepenuhnya ke atas apa jua perniagaan anda.


Mulalah bina empayar perniagaan online anda dari
 sekarang serta eksploitasi segala kelebihan bisnes online yang ada. Jika anda tidak mencubanya anda tidak akan dapat
 pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan 
berjaya menjana income pertama di internet. Walaubagaimanapun, nasihat saya anda harus berhati-hati memilih perniagaan 
yang ingin dijalankan di internet. Sekian dulu untuk kali ini, 
semoga anda sukses dalam apa jua perniagaan yang anda jalankan.

**
sekian perkongsian dari onlinerich.com

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Wanita

Senaman Yang Sesuai Mengikut Bentuk Tubuh Wanita  Kebanyakkan wanita menyukai senaman 'pilate, dance, kickboxing, yoga dan sebagainya. Tahukah anda ada cara cara senaman yang betul mengikut bentuk badan wanita Mula -mula wanita haruslah mengetahui bentuk tubuh badannya. Terdapat beberapa jenis bentuk badan wanita antara pear, apple, hourglass atau bentuk atlet. Bentuk badan 'Pear'  Wanita yang memiliki tubuh berbentuk buah 'Pear' cenderung memiliki pinggul yang lebar dibandingkan dengan bahagian tubuh mereka. Bahagian pinggang wanita tampak indah jika seorang wanita berbentuk buah 'Pear' ini memakai gaun dengan cara yang betul. Apple  Bentuk tubuh apel yang indah. Hal ini juga disebut bentuk V atau badan segitiga terbalik. Wanita ini telah didefinisikan dengan baik. Namun, payudara cenderung lebih besar dari bagian pinggul. Hourglass atau jam pasir Anda memiliki bentuk tubuh jam pasir, anda beruntung! Tubuh anda terlihat mirip

Kenali Jenis-jenis Keju

Kenali Jenis -jenis Keju CHEDDAR CHEESE Keju cheddar paling mendapat tempat dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia. Keju yang berasal dari British ini mempunyai rasa yang sedap manakala aromanya tidak terlalu tajam menjadikan sesuai untuk dihidangkan dengan apa saja jenis masakan termasuk hidangan kaserol, sup , inti sandwich dan salad.Keju ini mengandungi 48% lemak dengan tempoh pemeraman selama 9 -24 bulan. EMMENTHAL CHEESE Keju Emmenthal berasal dar Swiss keju keras yang sangat keras dan popular.Emmenthal mempunyai sifat yang berbeza berbanding keju yang lain kerana bentuknya unik jika dipotong dan kelihatan lubang-lubang yang terbentuk semasa proses pemeraman. Keju kegemaran ramai ini mempunyai rasa yang sangat lembut dan kaya dengan aroma yang menyelerakan. PARMESAN CHEESE Keju Parmesan merupakan salah satu keju jenis keras dari Bandar Parma, Itali.Keju ini berbentuk silinder dengan warna kuning muda. Teksturnya yang keras sesuai untuk dijadikan parutan keju. Aroman