Skip to main content

Kenali Penyakit Gout Dan Cara Mengatasinya

Kenali Penyakit Gout Dan Cara Mengatasinya



Gout Dan Cara Mengatasinya

GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.
Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Penyakit Gout Dan Cara Merawat

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.
Penyakit Gout

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.



GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.



Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada simptom), -akut -simptom goutberlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
  • interkritikal
kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
  • Tofus
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Ada dua kategori ubat iaitu ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang. Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Harus anda ketahui ubatan jenis ini membabitkan disiplin anda, sebaik ubat- ubatan seperti ini dihentikan, tahap asid uric akan kembali meningkat.

Antara makanan yang harus dielakkan:

  1.  Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
  2. Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
  3.  Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
  4.  Daging merah
  5.  Cendawan
  6.  Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko

Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.
  • Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout
  •  Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat
  •  Wanita putus haid
  •  Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan
Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesa4kit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

<halaqah.net> 


Utk dapatkan Set supplemen Gout Shaklee klik Di sini
http://lovemymama1.blogspot.my/2016/04/set-supplement-untuk-pesakit-gout.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...