Skip to main content

Polycystic Ovary Syndrom ancam kesuburan wanita?

Polycystic Ovary Syndrom ancam kesuburan wanita?
wanita
Kitaran haid sememangnya berkait rapat dengan kesuburan wanita. Tempoh kitaran yang tidak teratur dan kegagalan organ peranakan wanita untuk berfungsi dengan baik boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk mengandung atau mandul. Gejala seperti ini lazimnya berlaku pada pesakit Polycystic Ovary Syndrom (PCOs) atau lebih khusus berisiko tinggi kepada wanita gemuk, mereka yang mempunyai pusingan haid tidak teratur dan tumbuhnya bulu roma berlebihan di bahagian muka, kaki dan badan.

PCOs akan berlaku dalam keadaan apabila kilang telur atau ovari membengkak disebabkan ovum yang terperangkap dan tidak menetas pada waktu subur. Lanjutan daripada itulah wanita yang mengalami PCOs terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis masalah kesuburan. Ini termasuk masalah kemandulan, sukar hamil dan mudah keguguran. Serangan penyakit ini terhadap tubuh pesakit turut menyebabkan mereka mengalami peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita yang mengakibatkan pertumbuhan bulu roma yang banyak pada kaki dan sekitar muka hingga terbentuk misai atau janggut, kulit menjadi semakin gelap, jerawat yang kronik dan botak menyerupai lelaki.

Kebanyakan pesakit PCOs juga akan mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka masa yang lama, pendarahan haid yang terlalu banyak atau berpanjangan dan masalah pertambahan berat badan atau obesiti. Walaupun masih ramai yang tidak tahu akan penyakit ini, namun jumlah pesakit PCOs kian meningkat setiap tahun. Kajian antarabangsa juga mendapati 20 peratus wanita berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini.

Rawatan segera untuk mengubati penyakit ini amat digalakkan bagi mengurangkan risiko kanser rahim sekiranya kitar haidnya terlalu lama dan mengalami pendarahan yang banyak. Terdapat beberapa jenis ubatan yang dikenalpasti mampu merawat masalah ketidaksuburan yang juga tergolong dalam kumpulan ubat perangsang insulin. Antaranya Metformin dan Clomiphene yang dikatakan berjaya mencatatkan pengovulan kepada 90 peratus penghidap PCOs. Selain itu, suntikan hormon Gonadotrofin turut membantu dalam perkembangan ovum. Walaupun berkesan, namun kaedah ini memakan masa dan memerlukan kepakaran sakit puan serta melibatkan kos yang tinggi.  






Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...