Skip to main content

Emosi Ibu Hamil Selepas Gugur

Ujian positif adalah berita baik. Namun, jika anda pernah mengalami keguguran, keseronokan anda kali ini diwarnai oleh perasaan bimbang. 

Peluang baru ialah satu idaman anda kian lama. Namun, anda masih berasa ragu: adakah semuanya akan berjalan dengan baik? Tiada cara mudah untuk menghilangkan kesemua kebimbangan anda, tetapi ada beberapa cara untuk membantu anda menjadi lebih tenang dalam menghadapi hari-hari yang akan datang. 





Kenapa saya tidak gembira dengan kehamilan saya?

Walaupun anda telah memenuhi hasrat menjadi hamil semula, anda mungkin memerlukan sedikit masa sebelum dapat berasa senang hati dan menikmati kehamilan anda. Jika anda pernah mengalami keguguran adalah normal untuk meragui yang anda mungkin kehilangan bayi ini juga.

Sesetengah wanita menjauhkan diri dari kehamilan sebagai cara melindungi diri. Yang lain berasa yang mereka seakan akan menaiki roller-coaster emosi. Kadangkala mereka gembira, kadangkala berasa takut. Selain itu, mungkin ada yang berasa bersalah untuk melupakan dan terus maju ke depan. 

Titik masa dalam kehamilan apabila bayi gugur masa lalu mungkin paling sukar dilalui. Pemulihan mungkin lebih mudah jika anda mengakui dan menerima sahaja hari ulang tahun yang pedih ini dan tidak cuba menolakkannya dari ingatan. Apabila tarikhnya menjelang, adalah normal jika anda terasa sedih dan bimbang. 

Berbaiklah dengan diri sendiri dan terimalah yang ianya okey jika anda tidak sentiasa merasa gembira. Luahkan perasaan anda. Menangis dengan puas sekali sekala boleh mengurangkan ketegangan. 

Patutkah kita tunggu dahulu sebelum memberitahu orang tersayang yang saya hamil?

Ini adalah isu peribadi, dan anda patut buat apa yang anda rasakan sesuai untuk diri anda. Ramai orang menunggu sehingga melepasi titik masa keguguran yang lalu sebelum berkongsi berita, namun begitu, merahsiakan kehamilan itu bukan selalunya perkara baik. Jika anda tidak memberitahu keluarga dan sahabat handal, mereka mungkin tidak akan membantu apabila anda memerlukan sokongan mereka. 


Saya tidak dapat melupakan apa berlaku dahulu. Apa yang saya boleh buat?

Yakinkan diri anda yang pengalaman kali ini tidak seperti dahulu. Merenung tentang apa yang sudah hilang memang normal, tapi cuba alihkan pemikiran kepada antisipasi akan kedatangan bayi anda. Sesetengah wanita berasa mereka tidak percaya kehamilan baru akan berjaya sehingga mereka melepasi titik masa berlakunya kehilangan yang lalu. 

Besar kemungkinan anda akan sentiasa berasa bimbang. Tetapi apabila anda berjaya mencapai setiap peringkat penting dalam perkembangan bayi, seperti mendengar denyutan jantung bayi anda atau merasakan pergerakan bayi, anda akan bersenang hati yang semuanya berjalan dengan baik. Berikut ada beberapa cara untuk membantu anda sentiasa positif. 

Atasi setiap hari satu persatu 
Sudah tentu nasihat untuk menangani hidup sehari demi sehari lebih mudah ditutur daripada dibuat, tapi itulah caranya. Apabila anda mula berasa runsing tentang masa depan, hentikannya dan fikirlah tentang hari ini sahaja. 

Selidik apa yang berlaku 
Apabila anda tergugur kandungan, anda mungkin terlalu terperanjat dan susah hati untuk menelitikan butir-butir tentang apakah puncanya. Minta doktor anda periksa nota-nota anda bersama anda supaya anda dapat memahami kes anda. Ada kemungkinan besar yang masalah yang serupa tidak mungkin akan berlaku sekali lagi. 

Jadilah pakar tentang pengalaman anda 
Jika kehilangan lalu didiagnosis sebagai ovum terjejas atau akibat kelemahan serviks, contohnya, bacalah seberapa banyak yang boleh tentang masalah-masalah itu. Anda mungkin berasa lebih mampu mengawal keadaan anda jika anda memahami apa yang telah berlaku pada masa lalu. 

Malangnya, kebanyakan keguguran tidak menunjukkan sebab yang jelas. Sebenarnya, sesuatu keguguran lalu, ataupun dua, amat sedikit sangat mempengaruhi kejadian satu lagi keguguran di masa depan. Sebahagian besar wanita yang keguguran bayi terus mengalami kehamilan normal yang sihat. 

Cuba senaman yang menenangkan 
Keadaan relaks mungkin membantu anda untuk berfikir dengan tenteram tentang bayi anda dan apakah perasaan anda bila ia tiba. Anda akan selalu terkenang akan bayi yang telah gugur. Justeru, gunakan masa ini untuk mendapatkan perspektif wajar bagi apa jua perasaan ketidaksetiaan yang akan dirasai dan belajarlah menyayangi bayi ini pula sekarang. Mungkin amalan bercakap dengan bayi anda dapat membantu proses menjalin ikatan antara anda berdua. 

Kongsilah kebimbangan anda 
Jangan rasakan yang anda perlu melalui perasaan sedih ini bersendirian. Suami anda mengalami kehilangan juga. Anda berdua boleh menyokong satu sama lain tetapi ingat bahawa situasi ini rumit bagi sesetengah bapa. Ada yang memikirkan yang berkongsi perasaan dengan isteri hamil mungkin akan menyebabkan dia merasa lebih runsing. Cuba memahaminya jika suami anda lebih gemar membincangkan perasaannya dengan orang lain. 

Minta kawan menemani apabila diperlukan 
Melawat semula klinik atau hospital yang anda biasa lawati apabila anda hamil dahulu mungkin membawa kenangan yang menyedihkan. Minta suami anda, kawan rapat atau ahli keluarga untuk pergi bersama anda. 

Berbincanglah dengan doctor anda secara kerap 
Mendapatkan pemeriksaan antenatal yang kerap dapat menenangkan anda bahawa bayi anda itu membesar dengan baik. Beritahu doktor tentang kebimbangan anda. Simpan satu senarai soalan-soalan yang anda hendak soal supaya semua perkara diambilkira apabila anda berjumpa dengannya. 

Minta supaya dapat berjumpa doktor bukan sahaja untuk janji temu tetapi juga untuk mendengarkan denyutan jantung bayi anda atau untuk membuat skan ultrasound yang lebih, jika ia dapat membuat anda berasa lebih nyaman. 


SUMBER:
BABY CENTER MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...