Skip to main content

10 fakta penting tentang epidural

Bius adalah wajib bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan. Epidural  adalah salah satu kaedah pembiusan yang paling banyak digunakan untuk proses kelahiran cara pembedahan caeserean. Berikut adalah penjelasan daripada Dr Isnul Hady Ismail, pakar bius SALAM Shah Alam Specialist Hospital mengenai prosedur ini.


Epidural bertindak serta memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. Ia akan memberikan kesan kepada tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan beberapa fungsi penting badan yang lain. Prosedur epidural hanya boleh dilakukan oleh pakar bius bertauliah sahaja.
Kadangkala pembedahan yang dilakukan secara kecemasan setelah bayi di dalam kandungan stress dan perlu dikeluarkan segera atas pelbagai sebab. Justeru, ini menyebabkan penggunaan epidural yang tidak dijangka. Justeru mama, ini adalah 10 info penting yang perlu diketahui tentang epidural:

1.Epidural tidak mengganggu susu ibu kerana aliran dan fungsinya terhad pada lokasi tertentu sahaja. Ia hanya akan masuk ke dalam aliran darah dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memberikan kesan secara langsung kepada aliran dan kualiti susu ibu. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan dalam posisi mengiring dan elakkan daripada duduk.
2.Pening, muntah dan menggigil kesejukan adalah antara kesan dirasai kesan daripada epidural. Epidural memberikan kesan yang lebih ringan berbanding bius  lain  dan jarang memberikan komplikasi teruk kepada pesakit.
3.Rasa pening kepala dan muntah ialah kerana tekanan darah yang menurun. Manakala menggigil pula disebabkan oleh kesejukan kerana bius bertindak mengurangkan haba dengan cepat pada bahagian bawah badan kerana semua saluran darah sedang mengembang.
4.Epidural lebih baik daripada bius am yang mengakibatkan pesakit tidak sedarkan diri. Perlu difahami bahawa epidural adalah dalam kategori bius setempat yang lazimnya akan digunakan untuk pembedahan pada bahagian pusat ke bawah seperti caeserean.
5.Epidural menjadi pilihan sebagai penahan sakit bagi kelahiran secara normal. Jika ibu berupaya menahan kesakitan semasa kontraksi, maka ia tidak perlu. Selain epidural, terdapat banyak penahan sakit yang boleh digunakan iaitu suntikan pethidine dan gas entonoks. Walau apa juga pilihan, para ibu perlu memahami bahawa setiap prosedur mempunyai kesan sampingan masing-masing.
6.Bagi pakar bius yang sudah biasa melakukannya, kadar kegagalan adalah rendah. Tetapi bagi bagi pesakit yang mempunyai ciri abnormal pada tulang belakang, risiko kecederaan pada saraf adalah tinggi. Kesan alahan atau alergi kepada ubat juga boleh berlaku yang menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kulit.
7.Perkara penting selepas kelahiran yang dibius ialah berbaring tanpa bantal selama lapan jam hingga 12 jam selepas pembedahan dilakukan.
8.Memakai bengkung moden 24 jam selepas pembedahan sebagai sokongan kepada bahagian perut dan tulang belakang.
9.Ibu perlu bergerak seawal mungkin selepas tempoh berbaring selama lapan hingga 12 jam selepas pembedahan  untuk menggalakkan pengaliran darah.
10.Setiap individu hanya boleh mengambil epidural sebanyak dua tahun sekali sahaja.

Sumber :Pa & Ma

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...