Skip to main content

Bagaimana Jin Turut Merima Dakwah Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum ,


Hari ini tertarik untuk saya kongsikan tentang Kisah Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W adalah kesayangan kita semua.

Begitu hebatnya perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan agama islam.

Antara salah 1 kisah yang menarik untuk saya kongsikan adalah...
JIN TURUT MENERIMA DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pada suatu hari , Nabi Muhamad  keluar dari Mekah ditemani oleh Abdullah bin Masud untuk beribadah.Apabila sampia di suatu tempat .Nabi Muhammad S.A.W meminta Abdullah menunggunya di situ sehingga Nabi Muhammad  memanggil dia datang.

Nabi Muhammad pergi jauh sedikit , tetapi Abdullah dapat melihat Nabi Muhammad S.A.W dari jauh. Nabi Muhammad S.A.W sembahyang dan membaca al-quran di situ dengan suara yang kuat . Pada masa itu, lalu sekumpulan jin dari tempat yang bernama  Nusayyibin.

Apabila mereka mendengar Nabi Muhammad S.A.W membaca al-quran , mereka datang mengerumuni beliau .Abdullah melihat dari jauh. Allah nampakkan padanya jin-jin itu.

Abdullah berkata , "Kerana banyaknya jin itu sampai sampai akhirnya aku tidak nampak Nabi Muhammad lagi.Aku hendak datang kepada Nabi Muhammad S.A.W , cemas keselamatan Nabi Muhammad.Tetapi Nabi Muhammad S.A.W memberi isyarat supaya aku jangan datang. Oleh itu, aku duduk semula di tempat aku dan aku melihay dari jauh.

Allah menceritakan peristiwa ini di dalam al-quran surah al jin ayat 2 hingga 4 yang bermaksud ."Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul ,lalu kami beriman kepadanya , dan kami tidak sekali-kali mempersekutukan sesuatu mahluk dengan Tuhan kami.Dan ketahuilah wahai kaum  kami! Sesungguhnya  Maha Tinggi  kebesaran Tuhan kita daripada beristeri ataupun beranak."

Dalam ayat 19 dan 20 daripada surah yang sama, Allah menyatakan yang bermaksud ,

"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".

Banyak ayat al Quran turun menceritakan berkaitan dengan jin . Menurut Imam Ibn al -Jauzi , jin tidak cerdik seperti manusia .Allah tidak memberi kecerdikan akal kepada mereka. Jin paling cerdik adalah seperti kanak-kanak dikalangan manusia .Yang cerdik hanya Iblis. Maka iblislah yang menyesatkan mereka.

Mereka berkata ,'Kami tidak menyangka ada orang yang berani  menipu berhubung Allah '

Jin-jin inilah yang menolong ahli-ahli sihir ,para pendeta  dan orang-orang yang belum islam.Mereka juga meminta tolomg kepada ahli -ahli sihir dan pendeta-pendeta.

Dalam ayat 6 surah al Jin pula bermaksud 

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.


Oleh itu  , pada hari itu , semua jin ini masuk Islam. Inilah berita gembira dan hiburan hari pertama buat Nabi Muhammad S.A.W selepas menghadapi penentangan daripada kaumnya  dan daripada penduduuk Taif. Semasa manusia tidak menerima Islam , jin datang menerima Islam. Mereka yang Islam kemudiannya berdakwah pula kepada kaum meteka yang lain sehingga tersebar Islam di kalanhan jin . Allah mahu menghiburkan Nabi  Muhammad S.A.W selepas  10 tahun berjuang , hanya ada 70 orang di Mekah .Allah menceritakan hal ini dalam al-quran iaitu dalam surah  al -Ahqaf  ayat 29 hingga 32..


Wassalam........

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...