Skip to main content

Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa? Ini Antara Sebabnya..

Pantang makan laksa sangat popular di kalangan wanita berpantang yang berasal dari negeri-negeri sebelah utara. Namun kini, telah menjadi ikutan masyarakat berpantang yang menetap di beberapa buah negeri lain. 

Ada yang sanggup berpantang makan laksa sehingga setahun dan tiga tahun lamanya. Semuanya kerana bimbang ia memudaratkan kesihatan setelah usia meningkat. Namun sejauh mana ia relevan dengan fakta yang sebenarnya.

Sekiranya dikaji bahan utama untuk membuat mi laksa terdiri daripada tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, air panas dan air sejuk.

 Manakala pembuatan mi laksa pula melibatkan langkah menuangkan sedikit air panas ke dalam tepung gandum,tepung beras dan tepung ubi. Kemudian, ia digaul sebati dan dicampurkan dengan air sejuk. Dengan menggunakan acuan muruku, adunan ditekan ke dalam periuk, di atas api yang berisi air mendidih. 
Apabila mi laksa sudah terapung, ia diangkat dan ditos. Akhir sekali ia direndam ke dalam air sejuk dan ditos sebelum digunakan dalam hidangan.

Jika dilihat daripada aspek ramuan bahan mentah dan cara pembuatan laksa, anda tidak menemui apa-apa kekurangan makanan ini. Ia sama seperti makanan lain iaitu mihun, kue tiau atau mi kuning yang perlu melalui proses mengadun doh, terapan dan pendidihan sebelum terhasil. Jadi, mengapa laksa begitu popular mendapat tegahan daripada dijamah oleh orang-orang selepas bersalin? Mungkin ini antara alasannya.

Mi laksa dimasak dua kali
Antara tegahan yang popular adalah kerana laksa dikatakan sejuk dan berangin. Hal ini kerana proses memasak dua kali membuatkan ia dimasuki angin dan memakannya ditakuti menyebabkan wanita selepas berpantang mengalami sakit urat.

Sayuran "sejuk"
Timun dan nanas yang terdapat sebagai bahan sampingan dalam laksa boleh menyebabkan sakit urat dan menjejaskan kesihatan badan.

Ulaman yang boleh menyebabkan angin
Salah satu bahan dalam laksa yang dikatakan berbisa untuk wanita dalam pantang adalah bunga kantan dan daun kesum. Ia dipercayai tidak elok dan boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.

Kuah
Pilihan ikan yang dikisar sebagai kuah laksa juga tidak boleh sembarangan. Ikan kembung dikatakan akan menyebabkan kegatalan. Daun kesum yang dimasukkan dalam kuah juga dikatakan akan memberikan kesan badan tuduh badan ibu berpantang.
 

Sumber :Pa & Ma

Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang dan Resepi Makanan Berpatang

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang . Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang. .-------. Ikan haruan makan 2 ekor saja seminggu Ikan selar Ikan gelama Ikan merah Daging Sayur sawi Sayur carrot Sayur brokoli Buah oren manis Kismis Kurma Madu Habbatussauda' Susu kambing Halia Bawang putih Lada hitam Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng. . Jenis masakan paling disyorkan ------- Sup Bakar Rebus . Jenis minuman disyorkan --------- Jus oren manis - bagus untuk luka Air mi...

Surah Yassin Dalam Rumi

Surah Yassin dalam Rumi 1 yaa siiin 2 wal qur'aanil Hakiymi 3 innaka laminal mursaliyna 4 'Alaa SiraaTim mustaqiym 5 tanziylal 'AziyzirraHiymi 6 litundhira qawmam maaa undhira aabaaauhum fahum gaafiluuna 7 laqad Haqqal qawlu 'Alaaa aktharihim fahum Laa yu'minuuna 8 innaa ja'Alnaa fiiiy a'Ã…naaqihim agLaaLan fahiya ilal adhqaani fahum muqmaHuuna 9 wa ja'Alnaa mim bayni aydiyhim saddaw wa min khalfihim saddan fa-agshaynaahum fahum Laa yubSiruuna 10 wa sawaaaun 'Alayhim a-andhartahum am lam tundhirhum Laa yu'minuuna 11 innamaa tundhiru manittaba'Adhdhikra wa khashiyarraHmaana bilgaybi fabashshirhu bimagfiratiw wa ajrin kariymin 12 innaa naHnu nuHyiyl mawtaa wa naktubu maa qaddamuu wa aathaarahum wa kulla shay'in aHSaynaahu fiiiy imaamim mubiynin 13 waDrib lahum mathaLan aSHaabal qaryah idh jaaa-ahal mursaluuna 14 idh arsalnaaa ilayhimuth nayni fakadhdhabuuhumaa fa'Azzaznaa bithaalithin faqaaluuu innaaa ilaykum mursaluuna ...

15 Bahan Pelik Yang Boleh Dicampur Dengan Kopi

Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. "Saya suka minum kopi, tetapi sudah terlalu biasa membancuhnya dengan gula dan susu. Klise sangatlah. Macam mana nak buat kopi jadi lebih sedap?". Siapa yang tidak sukakan kopi, memang rugi. Rasanya memang sedap dan kajian telah membuktikan ia dapat mengatasi rasa stres. Selama ini, kita hanya tahu membancuh kopi dengan dua cara asas. Kopi paling enak dicampurkan dengan gula mahupun susu pekat manis. Hari ini, ramai penggemar kopi yang menjadi lebih kreatif dan mempelbagai resipinya. Bukan sekadar bahan ringkas, bahkan sudah banyak yang berani menggunakan ramuan pelik dalam kopi. Berikut 15 bahan pelik tapi benar yang boleh anda campurkan dengan kopi. 1. Kayu Manis Didih air dan masukkan kayu manis. Biarkan mereneh sehingga terbit bau harum. kemudian masukkan 1-2 sudu serbuk kopi da...